Tuesday 5 March 2013

fasa II: Tamat pulun novel "Amir Minah Macho" oleh Ummu Wafa

Salam semua...

Haaaa...dah macam lagu Sleeq dan Aaron Aziz plak kan....

cik nin nak citer ni...cik nin dah habis pulun novel "AMIR MINAH MACHO" ni... dah lama dah cik nin abiskan...sampai dapat habiskan satu lagi novel la...ape yang boleh cik nin boleh cakap adalah novel ni menarik juga.... hmmmm...kalau membaca nye pun dah menarik...ape lagi kalau berlaku di dunia sebenar kan???


kalu nak cik nin ringkas kan dengan cara cik nin, gini cerita dia...


  • amir(amira) menjadi mekanik di bengkel pakcik dia iaitu adik kepada emak amir(amira).
  • pertemuan antara amir(amira) dengan ariel disebabkan kereta katak ariel rosak ketika hendak menuju ke tempat keje. amir(amira) berlagak seperti lelaki dan bisu. ariel pon ingat si amir ni lelaki. tetapi ade getaran suka oleh ariel dengan si amir  ni. tetapi ariel tahan perasaan sebab pikir yang si amir ni lelaki. 
  • setelah beberapa kali bertemu, amir kantoi dia sebenarnya perempuan. tapi masih berkawan seperti biasa setelah beberapa hari ariel diam diri.
  • ariel dan amir berkawan. masing-masing sudah saling mencintai.
  • pada satu hari bila amir pulang ke kampong, amir dipaksa emaknya untuk bertunang dengan anak ketua kampong.
  • amira terpaksa terima. pertunangan dirahsiakan.
  • masih berhubung dengan ariel walaupun telah bertunang.
  • pelbagai masalah dan rintangan yang dihadapai oleh ariel dan amir.
  • perhubungan amir dan ariel ditentang oleh ibu kedua belah pihak.
  • amir telah berfikir dengan masak. amir nekad untuk tinggalkan ariel dan teruskan perkahwinan dengan anak ketua kampong.
  • ketika hendak pulang ke kampong untuk berkahwin, amir diragut di Pudu Sentral. mengejar peragut. eksiden. amir hilang ingatan selama 2 tahun. dijaga keluarga angkat yang melanggar amir.
  • keluarga amir dan ariel menyangka amir telah mati.
  • amir berubah menjadi mega sakinah dalam tempoh hilang ingatan. berubah menjadi wanita muslimah sejati.
  • 2 tahun berlalu, terjumpa dengan sekumpulan tabligh, ariel salah seorang anggota tabligh tersebut.
  •  tanpa diduga, mega sakinah meminta ibu bapa angkat untuk pinangkan imam yang mengimamkan solat kerana kemerduan suaranya. ariel rupa-rupanya.
  • pertunangan berjalan dengan lancar.
  • sakit kepala mega sakinah semakin kuat. jumpa doktor pakar di KL. rupanya kembar  mega sakinah (amir) merupakan doktor pakar tersebut.
  • amir kembali ingat semula. perjumpaan semula dengan kembar yang terpisah. ariel, kekasihyang kini tunangnya. keluarganya di kampung datang  ke Kl untuk berjumpa.
  • hubungan yang terpisah, terjalin semula. hidup bahagia. amira dan ariel berkahwin. punya anak. yang jahat dulunya kini bertaubat. yang bujang dulunya kini berpasangan. 


itu la yang dapat cik nin simpulkan...simple dan tak berapa cantik penulisan cik nin tu..harap di maafkan... ape komen anda???

Salam OLlllsssssss....

No comments :

Post a Comment