Wednesday 29 May 2013

pendapat saya: perlawanan ditunda antara Pahang dan Johor

Salam....

teruskan kepada persoalan...

1) kenapa jumlah penonton boleh melebihi daripada jumlah kapasiti stadium? Tiket Dijual tanpa ada kawalan kah?

2) Kenapa penyokong bersikap biadap dengan penyokong yang lain? Provokasi? Semangat muda remaja? sikap suka kecoh-kecoh?

sumber gambar dari member...


Komen cik nin:

1) Sebagai penyokong, sokong saja perlawanan yang akan berlangsung..kenapa mesti ada provokasi negatif terhadap penyokong pasukan lain? itu menunjukkan ketidakmatangan anda dalam bidang kesukanan. Dalam radio pon dah buat iklan "Anti Boooo" ni...korang kenapa tak nak ikot....kalau orang lain tak dengar cakap korang, baru korang hangin...ini benda baik beb...."anti booo"...

2) Sebagai penjual tiket, tolong jangan hanya pikir untung saje...pikir INTEGRITI....

3) Cadangan penambahbaikan: adakan perlawanan di negeri lain yang tidak melibatkan pasukan negeri yang akan bertemu. boleh??? sebab...potensi kurangnya masalah bangga diri or taiko di tempat sendiri berlaku...

4) Cadangan penambahbaikan: menambah jumlah polis yang berkawal apabila keadaan menampakkan situasi berbahaya.

5) jadikan tauladan untuk membina dunia tanpa sempadan..(tak berkaitan)..


Novel: Sebenarnya... Saya Isteri Dia

Salam perkenalan..(bagi yang baru kenal ciknin dan yang sudah kenal)

Pada tarikh 28/05/2013, jam 8.30 malam, cik nin telah menamatkan pembacaan novel yang bertajuk "Sebenarnya..Saya Isteri Dia"...





Yaaahhhoooouuuuu......

Saya gembira...walaupun novel ni tengah hangat ditayangkan di kaca TV, setiap hari jumaat, cik nin tetap gembira telah menghabiskan pembacaan novel ini...

ye la...penat la nak tunggu kat TV yang hanya tayang cerita ni seminggu sekali,,sejam pulak tu..tak puas la...hihihihi...

walaupon tayangan di TV berlainan dengan apa yang diceritakan dalam novel, saya terima je...cuma lepas ni diharapkan agar apa yang tertulis di dalam novel sama dengan apa yang bakal dtayangkan di kaca televisyen..sebab kita sebagai pembaca nakkan emosi dan situasi yang sama...cuma adegan-adegan XXX tu la boleh ubah....

Semua pembaca yang lain pun mahukan benda yang sama bukan????



Novel : Suami Aku Ustaz oleh Hannah Dhaniyah

Salam Gembira selalu..

Makan pagi dengan suami,
Jom baca blog ni...
hihihi

Yeay!!!! telah tamat membaca novel Suami Aku Ustaz...

Conok (seronok) giler...serius...seronok... nak suami macam ustaz Hafiz...hahahahaha...#verangan..

Novel ni sangat menarik kerana dia memberikan satu plot cerita yang menarik dan merasa terhibur dengan karenah-karenah yang ade pada setiap karektor dalam novel ni...

#Saya Berpuas Hati...