Monday 17 June 2013

Lahirnya Pembaca Novel Yang Baru

Salam...

Senyum Seindah Suria,
Yang Membawa Cahaya,
Senyum lah dari hati,
Dunia mu Berseri...

Woooaaahhhh...ape dah berlaku cik nin menyanyi kan...hari ini isnin..gumbira bekerja di hari isnin..muahahahaha....(sedapkan hati)

Dengan bangga nye cik nin ingin mengumumkan bahawa cik nin merasa seronok pada hari minggu yang lepas kerana ada hasil yang telah diperolehi oleh cik nin iaitu membeli novel-novel yang bakal dilunyaikan....

Yeay...itu dia....hasil nya...hi hi hi hi... semuanya dibeli dengan rela hati...untuk memartabatkan novel melayu (ecececece)...

1. I Love You, Stupid - Melur Jelita
2. My Precious Iris - Melur Jelita
3. Semangat Hutan - Ramli Awang Mursyid
4. "Penunggu Rimba" Tombiruo - Ramli Awang Mursyid
5. Kampung Girl - Umi Kalsom

Dan...saya dah habis membaca kampung Girl...Yeayyyyyy.......

Mari mendidik diri anda dengan mencintai dunia membaca....

Sekian...

Wednesday 12 June 2013

Tuan Rumah. Pembantu Rumah

Salam acik makcik tokcik pakcik....

cik nin dah habis membaca novel "Tuan Rumah. Pembantu Rumah"


yupppp....itu lah dia...novel yang dimaksudkan..cik nin dah lama abis...baru nak update komen...

ape cik nin boleh katakan...hmmmmm...hmmmmm...bolehlah...penggunaan bahasa dia complicated cikit bagi cik nin..tak tahu la kalu orang laen...mungkin otak cik nin dah lembab kot..(ish..mintak simpang la..)...

Jalan cerita dia ringan je..tak berat pon...cuma dia tak mengambil perhatian cik nin sangat nak mengabiskan pembacaan novel ni...mungkin kurang kena sikit dengan selera ciknin...

ciknin dapat tahu mengenai novel ni pun apabila kawan ciknin bagi cadangan supaya beli novel ni..dia kata best...cik nin pon beli...tak rugi pon beli...dapat meningkatkan lagi pendapatan penulis-penulis di Malaysia ni kan...hehehe

Janji cik nin dah habis membaca novel ni...

YEAYYY!!!

Monday 3 June 2013

"Awak Suka Saya Tak?" oleh Melur Jelita

Salam sayang buat semua pembaca...

Cik nin nak ulas mengenai novel yang terbaru cik nin baca dan habiskan.. novel "Awak Suka Saya Tak"...

Cik nin beli novel ni kat MPH Alamanda pada hari jumaat 31.05.2013... cik nin menghabiskan bacaan novel ni pada malam 01.06.2013. yeay!!!

mesti korang tertanya kan???knp cepat sangat cik nin habis membaca novel ni....
sebab,,,dah suku cerita dari novel ni cik nin baca online..online ok...sebab masa tu gaji tak masuk lagi...nak membeli pon tak sampai hati sebab dahulukan pengisian perot....



yup...itu lah novel yang cik nin beli dan baca...mempunyai ketebalan ms1056....

Ape boleh cik nin katakan di sini, cerita dia memang memberi kesan kat cik nin..sebab watak perempuan dalam cerita tu seorang yang baran dan selalu bertindak ikut perasaan tu macam cik nin jugak..so macam mengajar cik nin jugak la...(berapa banyak jugak la)...ape yang patut cik nin lakukan...ape yang terbaik untuk menghadapi situasi berikut...

dan yang lebih seronok membacanye adalah, ayat-ayat dalam novel ni mempunyai unsur-unsur motivasi diri....tu yang seronok...

ia juga menyelitkan unsur-unsur percintaan yang indah..dimana ianya tidak lari dari cara sebuah percintaan mengikut cara Islam...atau mengajar kita bagaimana percintaan begitu juga membawa kepada keseronokan dalam percintaan sebelum perkahwinan...yang mana  InsyaAllah, kemanisan bercinta dan kasih sayang itu akan kekal sampai akhir hayat...

apa pendapat pembaca yang lain pula????

saya?? saya suka.....nenong nenong nenong....heart attack~~~

salam semua...

Wednesday 29 May 2013

pendapat saya: perlawanan ditunda antara Pahang dan Johor

Salam....

teruskan kepada persoalan...

1) kenapa jumlah penonton boleh melebihi daripada jumlah kapasiti stadium? Tiket Dijual tanpa ada kawalan kah?

2) Kenapa penyokong bersikap biadap dengan penyokong yang lain? Provokasi? Semangat muda remaja? sikap suka kecoh-kecoh?

sumber gambar dari member...


Komen cik nin:

1) Sebagai penyokong, sokong saja perlawanan yang akan berlangsung..kenapa mesti ada provokasi negatif terhadap penyokong pasukan lain? itu menunjukkan ketidakmatangan anda dalam bidang kesukanan. Dalam radio pon dah buat iklan "Anti Boooo" ni...korang kenapa tak nak ikot....kalau orang lain tak dengar cakap korang, baru korang hangin...ini benda baik beb...."anti booo"...

2) Sebagai penjual tiket, tolong jangan hanya pikir untung saje...pikir INTEGRITI....

3) Cadangan penambahbaikan: adakan perlawanan di negeri lain yang tidak melibatkan pasukan negeri yang akan bertemu. boleh??? sebab...potensi kurangnya masalah bangga diri or taiko di tempat sendiri berlaku...

4) Cadangan penambahbaikan: menambah jumlah polis yang berkawal apabila keadaan menampakkan situasi berbahaya.

5) jadikan tauladan untuk membina dunia tanpa sempadan..(tak berkaitan)..


Novel: Sebenarnya... Saya Isteri Dia

Salam perkenalan..(bagi yang baru kenal ciknin dan yang sudah kenal)

Pada tarikh 28/05/2013, jam 8.30 malam, cik nin telah menamatkan pembacaan novel yang bertajuk "Sebenarnya..Saya Isteri Dia"...





Yaaahhhoooouuuuu......

Saya gembira...walaupun novel ni tengah hangat ditayangkan di kaca TV, setiap hari jumaat, cik nin tetap gembira telah menghabiskan pembacaan novel ini...

ye la...penat la nak tunggu kat TV yang hanya tayang cerita ni seminggu sekali,,sejam pulak tu..tak puas la...hihihihi...

walaupon tayangan di TV berlainan dengan apa yang diceritakan dalam novel, saya terima je...cuma lepas ni diharapkan agar apa yang tertulis di dalam novel sama dengan apa yang bakal dtayangkan di kaca televisyen..sebab kita sebagai pembaca nakkan emosi dan situasi yang sama...cuma adegan-adegan XXX tu la boleh ubah....

Semua pembaca yang lain pun mahukan benda yang sama bukan????



Novel : Suami Aku Ustaz oleh Hannah Dhaniyah

Salam Gembira selalu..

Makan pagi dengan suami,
Jom baca blog ni...
hihihi

Yeay!!!! telah tamat membaca novel Suami Aku Ustaz...

Conok (seronok) giler...serius...seronok... nak suami macam ustaz Hafiz...hahahahaha...#verangan..

Novel ni sangat menarik kerana dia memberikan satu plot cerita yang menarik dan merasa terhibur dengan karenah-karenah yang ade pada setiap karektor dalam novel ni...

#Saya Berpuas Hati...

Thursday 11 April 2013

Wall Climbing kali pertama...

Salam semua...

Jom wall climbing di Adventure Park Seksyen 13, Shah Alam....

jom saksikan gambar yang cik nin ambil... #jangan curik...hehehe

sebelum memanjat...

sedang memanjat....
tamat memanjat...

Rm10.00 untuk 3 kali memanjat....
Peringkat pertama dan kedua...(peringkat kedua apabila sudah tawan peringkat pertama...) kikikiki

dan akhir sekali.....

hasil nukilan cik nin la ni...kah kah kah...

salam semua...



Tuesday 5 March 2013

fasa II: Tamat pulun novel "Amir Minah Macho" oleh Ummu Wafa

Salam semua...

Haaaa...dah macam lagu Sleeq dan Aaron Aziz plak kan....

cik nin nak citer ni...cik nin dah habis pulun novel "AMIR MINAH MACHO" ni... dah lama dah cik nin abiskan...sampai dapat habiskan satu lagi novel la...ape yang boleh cik nin boleh cakap adalah novel ni menarik juga.... hmmmm...kalau membaca nye pun dah menarik...ape lagi kalau berlaku di dunia sebenar kan???


kalu nak cik nin ringkas kan dengan cara cik nin, gini cerita dia...


  • amir(amira) menjadi mekanik di bengkel pakcik dia iaitu adik kepada emak amir(amira).
  • pertemuan antara amir(amira) dengan ariel disebabkan kereta katak ariel rosak ketika hendak menuju ke tempat keje. amir(amira) berlagak seperti lelaki dan bisu. ariel pon ingat si amir ni lelaki. tetapi ade getaran suka oleh ariel dengan si amir  ni. tetapi ariel tahan perasaan sebab pikir yang si amir ni lelaki. 
  • setelah beberapa kali bertemu, amir kantoi dia sebenarnya perempuan. tapi masih berkawan seperti biasa setelah beberapa hari ariel diam diri.
  • ariel dan amir berkawan. masing-masing sudah saling mencintai.
  • pada satu hari bila amir pulang ke kampong, amir dipaksa emaknya untuk bertunang dengan anak ketua kampong.
  • amira terpaksa terima. pertunangan dirahsiakan.
  • masih berhubung dengan ariel walaupun telah bertunang.
  • pelbagai masalah dan rintangan yang dihadapai oleh ariel dan amir.
  • perhubungan amir dan ariel ditentang oleh ibu kedua belah pihak.
  • amir telah berfikir dengan masak. amir nekad untuk tinggalkan ariel dan teruskan perkahwinan dengan anak ketua kampong.
  • ketika hendak pulang ke kampong untuk berkahwin, amir diragut di Pudu Sentral. mengejar peragut. eksiden. amir hilang ingatan selama 2 tahun. dijaga keluarga angkat yang melanggar amir.
  • keluarga amir dan ariel menyangka amir telah mati.
  • amir berubah menjadi mega sakinah dalam tempoh hilang ingatan. berubah menjadi wanita muslimah sejati.
  • 2 tahun berlalu, terjumpa dengan sekumpulan tabligh, ariel salah seorang anggota tabligh tersebut.
  •  tanpa diduga, mega sakinah meminta ibu bapa angkat untuk pinangkan imam yang mengimamkan solat kerana kemerduan suaranya. ariel rupa-rupanya.
  • pertunangan berjalan dengan lancar.
  • sakit kepala mega sakinah semakin kuat. jumpa doktor pakar di KL. rupanya kembar  mega sakinah (amir) merupakan doktor pakar tersebut.
  • amir kembali ingat semula. perjumpaan semula dengan kembar yang terpisah. ariel, kekasihyang kini tunangnya. keluarganya di kampung datang  ke Kl untuk berjumpa.
  • hubungan yang terpisah, terjalin semula. hidup bahagia. amira dan ariel berkahwin. punya anak. yang jahat dulunya kini bertaubat. yang bujang dulunya kini berpasangan. 


itu la yang dapat cik nin simpulkan...simple dan tak berapa cantik penulisan cik nin tu..harap di maafkan... ape komen anda???

Salam OLlllsssssss....

Thursday 21 February 2013

Tonton Husin, Mon, Jin Pakai Toncit

Salam semua....

Cik nin baru je lepas tengok cerita ni "HUSIN, MON, JIN PAKAI TONCIT"... ni bahagian ketiga punya..., bahagian pertama dari zombi kampung pisang.....

bahagian kedua dari HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH 2...

setelah beberapa tahun fenomena hantu kak limah, hadir pula  "HUSIN, MON, JIN PAKAI TONCIT" yang merupakan filem sambungan yang ketiga...


maaf, tak dapat nak cerita lebih-lebih sebab cik nin tidor dalam panggung...mengantuk sangat ke??? abis tu buat ape kau bayar tiket wayang semata-mata nak tidor kan....

tapi cik nin yakin, ada perkara yang hendak disampaikan oleh Encik Mamat Khalid dalam cerita ni untuk penonton menilai apa realiti yang sedang berlaku kini...

itu saje...

thank you veru much...

i lap u...

Salam..

Char Kuey Tiaw Aimar, TTDI Jaya, shah alam.

Salam olllssss...

cik nin nak kongsi tempat makan yang cik nin layan sejak tahun 2007. masa tu cik nin belajar kat Politeknik Shah Alam (PSA).

Dulu char kuey tiaw dia memang sedap  gila...hampir tiap-tipa hari cik nin makan waktu malam dengan kawan baik cik nin, fazida...

Tapi sekarang dah semakin kurang ummpphhh dan makin mahal...cik nin tak tahu kenapa....adakah karma peniaga melayu?????  makin maju makin kedekut dan mahal????? cik nin tak tahu....harga barang dah naik ke??? kalu dah naik, kenapa rasa pon berbeza????? hhmmmmppppphhhhh......

baru-baru ni cik nin makan jugak lagi di sini...tempat ni la cik nin makan dengan kawan-kawan....dating...ngehhhhh...hahahaha...tempat fav....dulu....


tempat ni jugak ada masakan panas, otak-otak, udang bakar, tauhu bakar, sate, nasi lemak dan lain-lain yang cik nin tak tahu.....

sila la datang ke sini untuk menilai....

tata....salam....

Outdoor activities di Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam

Salam semua mak-mak jemah....

Saya cik nin ingin bercerita...
bercerita tentang kisah mereka....
mereka bukan datang dari Melaka....
tapi mereka cuma nak bersuka ria...

16/02/2013 sepatutnya berlakunya peristiwa cik nin join aktiviti Skytrex Adventure kat Bukit Cahaya Sri Alam....dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah....mungkin masih lagi digunakan sekarang ni....

Tapi aktiviti lain yang cik nin buat dengan keluarga cik nin...cik nin tinggalkan aktiviti Skytrex Adventure, cik nin buat aktiviti lain..tapi lokasi tetap sama...walaupun cik nin dah bayar yuran dia...cik nin terpaksa lupakan je lah....demi beriadah bersama keluarga..bukan selalu kannnn....


peta kawasan taman ni...
anak buah
kak ngah
cik nin
park basikal sebelum masuk ke rumah 4 musim. sekarang musim salji..enjoyy...




sarapan di hadapan rumah 4 musim...
antara tempat yang menarik...
cik nin suka tempat ni..macam taman tergantung plak perasaan ni...
makan tengahari di Restoren Soto.....
Lepas keluar Uni awal tahun 2012 dulu, cik nin dah jarang bersukan, jadi penat gila babai la mengayuh basikal ni....

Panduan disana:

1) datang awal. jam 8.00 pagi-8.30pagi mesti dah ada disana dan beratur di kaunter. 

tiket masuk : RM 3.00 untuk dewasa.
tiket rumah 4 musim: RM 5.00 dewasa

2) bila datang awal, nama takkan termasuk dalam "waiting list" untuk sewa basikal. sebab kuantiti yang terhad. sape cepat, dia dapat...

sewa basikal: 1 jam pertama RM 5.00. jam seterusnya RM 1.00 sejam. 
ada dua jenis basikal. jenis lagi satu, 1 jam pertama RM 10.00.

3) bawa beg sandang belakang..atau ape saje boleh sandang untuk keselesaan anda ketika berbasikal...

4) memakai pakaian riadah yang bersesuian...sebab kawasan taman ni luas gila kalu nak jelajah...penat gila....tapi seronok dan enjoyssssss....

tiket-tiket yang terlibat..tiket sewa basikal je terlupa...

Keseluruhan nye...cik nin suka....cik harap korang enjoy....

Salam selamat tinggal olllssss...

Mr Steak House

Salam ollllssssss......

Salam sayang tak terhingga kepada semua yang menjenguk/ menjengah/ mengintai laman blog cik nin yang tak bape nak hebat ni..tapi dengar ura-ura, budak ofis kata hebat...kahkahkah...Thank you semua....I lap u Ollsss lah....
Cik nin nak kongsi kenangan cik nin makan kat Mr. Steak House di seksyen 13, shah alam...hahahaha kenangan sangat....

Kali pertama berkunjung disini, disarankan oleh anak buah yang belajar kat PTPL shah alam...sebab tempat ni sebelah kolej PTPL sahaja...senang kan nak pegi tempat ni....

Steak Combo menjadi pilihan cik nin. harga RM17.++

Chicken Chop menjadi pilihan kakak saya..RM9.++
Kali kedua cik nin pegi, cik nin pesan menu lain pulak....

Smoke Salmon menjadi menu kedua cik nin di sini. RM 16/17.++

menu kakak cik nin adalah Mix Steak. Rm cik nin dah lupa...
Macam mana dengan harga dia???ok tak bagi anda-anda semua??? boleh lah kan....portion besar...memang kenyang gila la....

Menjemput anda semua ke sini....

Salam semua.....

nota kaki di bawah sekali: cik nin menjadi duta tidak berbayar...siapa la cik nin...hahahaha

Monday 4 February 2013

Review Citer "The Impossible"

Salam makcik pokcik atok nenek...

Mokcik Pokcik dah tengok cite ni???? tengok lah...tak rugi pon men-donload, men-transfer, mengambil cite ni dari mana-mana pihak yang halal...
Sumber: Google
Moo-vie ni memang beast best gile...mana tak gila..tengok jalan cite dia memang gila mendebarkan...lagi-lagi part ongbak ombak tsunami tue "menerkam" kehidupan yang sedang beronok-ronok dan bersantai-santai kat daratan tue...

Intro:

Sebuah keluarga yang bahagia iaitu si isteri, si suami dan tiga orang anak yang comel datang bercuti di Thailand untuk berjumba-jimba dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain...

Pertengahan:

Ombak tsunami datang menghempaskan "dirinya" tanpa amaran awal...tak kisah la sejam ke, setengah jam...bagi la amaran kan??? hahahaha. 
Keluarga bahagia yang menginap di hotel tepi pantai yang indah telah di "bantai" oleh kekuatan ombak tsunami yang mengganas sehingga memecahbelahkan atau menceraikan keluarga bahagia tersebut.
Yela, sorang kat barat, sorang kat timur. Dah la berpisah, luka sana sini la plak kan...memang sedih dan mendebarkan...

Kemuncak:

Pencarian semula ahli keluarga yang terpisah. Si emak yang sedang nazak sebab luka yang parah kat kaki dan dada. Si ayah mencari anak yang terpisah. Macam-macam la adegan yang menyedihkan dan mendebarkan kat kawasan hospital yang menjadi penempatan mangsa-mangsa tsunami tue.

Ending:

Perjumpaan semula anak-anak dengan ibu bapa mereka...Saat ni memang sebak gila...Sebakkk weh....sape tak sebak tue memang korang tiada perasaan dah tue..bek pegi jumpa doktor pakar ke ape...haaaa.... Last, semua dah jumpe, diorang dibawa pulang ke kampung halaman mereka. Happy ending~~~~~~

Enjoice!!!

Tata...

Sunday 3 February 2013

Remis dan Kijin

Salam uollsss and iollllsss...

cik nin kembali mengebom minda dan fikiran anda dengan perkara yang cik nin pon rasa macam "ntah ape-ape je dia ni"...hahahaha

Anda-anda semua tau tak ape itu remis dan kijin???? Cettt bukan pantai remis atau ape pon nama tempat yang melibatkan kata nama "remis" ni....Kijin??? tapi bukan jin afrit atau seluar jean plak...

"Mereka-mereka" ni adalah sejenis makanan yang berkerang...hidup di sungai-sungai...setahu cik ni la kan...sebab cik nin tak de plak nak mengGoogle pasal remis dan kijin ni...sekadar dari pengetahuan kecil cik nin je...
Ini adalah remis...
KIjin macam remis jugak...tapi tapi tapi....jangan terkejut...kijin ni panjang dia 2 3 4 kali panjang dari remis...besar dia??? 2 3 4 kali ganda dari remis...ikot rezeki la...sape dapat besar. besar la...dapat kecik, kecik la....

Mana cik nin tau??? ini kisah sah dan sahih..."diorang" ni boleh didapati kat Ban depan umah cik nin...bila air ban surut je, mula la orang kampung buat aktiviti mencari remis, kijin dan menangkap ikan.. ikan yang selalu dapat, ikan lampam...ikan lampam tu plak, orang banyak buat perkasam...perghhhh sedap tu perkasam...makan waktu pagi ke..tengah hari ke..malam ke...perkasam bila-bila masa saja....

Tapi korang tau tak Ban tu ape plak??? banyak jugak cik nin kena terjemah ni...Ban tu macam terusan air untuk sawah padi kot...ha..gitu a kot...ye la kot...ntah...manfaat kan je la ayat "kot" ni kan... hahaha..

Remis dan kijin ni boleh di bakar, dimasak gulai lemak, di tumis...macam-macam la...memang sedap....tapi resepi tak de la plak...nanti lah kalu cik nin rajin, cik nin masak dan tulis...tapi kalu takde, Google boleh tolong...kihkihkih....

K...tata titi tutu...

Salam...

Mentarang...

Salam Mokcik Pokcik...

Arini cik nin nak cite pasal mentarang. Boleh???

Kira boleh la ni kan??? hahaha... pernah tengok?? pernah makan???
ape rasa dia??? sebab cik nin tak pernah makan...
Ni la mentarang. sepanjang jalan kat Sekinchan banyak jual. Sumbe:Google
kalu balik kampong ikot jeram-kuala selangor-tg.karang-sekinchan-sabak bernam tu, mesti akan nampak orang banyak jual-jual kat tepi sepanjang jalan. ada jual buah-buahan. kebanyakannya buah mangga, jagung, jambu air dan kerepek-kerepek. 

Ape je jenis masakan yang orang selalu buat ngan mentarang ni kan??? ade ke di gulai??? ade ke di tumis??? tapi yang cik nin pasti, dia ni selalu orang buat bakar kan???
sumber : Google
perggh....memang sedap gila la kalu kena ngan cara nye.... Cik nin tak pernah makan...tapi cik nin rasa, tekstur dia liat, rasa sedikit tawar. Makanya, kalu nak masak atau bakar dia, perlu ada tambahan perasa atau sambal untuk dijadikan teman penyedap dia bila makan....

Kalu ade rezeki nanti, cik nin nak beli, nak bakar, nak menumis mentarang ni..then, cik nin share kat korang resepi..tapi kalu sedap hingga menjilat jari la cik nin buat..kalu tak sedap, malu cik nin nanti...hahahahaha
Sumber: Google
Ok lah..tata the-Nins...

Friday 1 February 2013

Goes Around,Comes Around

Salam Malaysia Maju Aman Damai...

Cik nin pasti sesangat ramai yang paham tentang tajuk yang cik nin bangkitkan...

Percaya la...ape yang "ayat" tue cuba sampaikan adalah sangat-sangat betul...percaya lah...cuma masa dan keadaan sahaja yang menentukan ketepatan maksudnya.
Sumber: Google
Cik nin percaya kerana benda ni banyak berlaku depan cik nin..samada pada diri cik nin atau berlaku dekat orang lain. berlaku depan mata...dengan keadaan minda yang masih waras...

Cik nin percaya majoriti penduduk planet bumi ni pernah hadapi benda ni..even dalam TV pon ada jalan cerita macam tue...kalu kat planet lain tak tau la plak kan...ada berlaku ke tak benda ni..mana tau kan, ada makhluk lain selain manusia di bumi, ada transformers di planet lain...

Seperti kata-kata ini, "buat baik dibalas kebaikan. buat jahat, di balas kejahatan"...kadang-kadang mungkin kita tak sedar buat kesalahan tue..seperti mengumpat orang lain...menyebarkan keburukan orang lain...merendahkan orang lain...meperlekahkan seseorang tue...

Tapi, tapi, tapi....jangan risau...pintu taubat masih terbuka...semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi...Berdoa lah semoga kita meninggalkan bumi ini dengan bekalan yang mencukupi untuk akhirat sana...

Bukan ape...ape yang kita buat dan kita lakukan, pasti akan ada balasan yang setimpal tidak kira samada buat baik atau buat jahat.

Moral of the story kat sini, cik cin nak share dan juga untuk diri cik nin jugak iaitu jangan...buat jahat sesama manusia..sesama flora dan fauna...haaa masuk sekali kan flora and fauna tue kan...


Gambar dari Google
Gambar dari Google

Tuesday 29 January 2013

Fasa 1: Pulun novel "Amir Minah Macho" oleh Ummu Wafa

Salam semua agar sihat dan cantik sentiasa....

Jom pakwe makwe kita pulun novel ni...


sumber dari google
Bercirikan jalan cerita yang rakyat Malaysia sukakan. Budak pompuan tu tomboy. lelaki tu kaya raya sebab ade bisnes besar bapak nye...atau mak nye...atau keluarga nye...nenek moyang dia ke..ntah la..pikir sendiri le kome...

Bermuka surat sebanyak 468 tidak termasuk muka depan dan iklan yang pelbagai oleh Puan Penulis. lantak dia la nak letak iklan pape pon...kome nyebok beno, dengki idok tentu pasai ape ke hal nye pon...hehehe

Macam biasa la..cik nin pinjam novel ni dari kakak cik nin..bila dia dah abis bace, baru la cik nin pinjam..tak kan nak lebih tuan plak kan....

Kome nak tau sinopsis????? kome nengok le sampai tembus tulisan kecik dari gambar yang cik nin guna tue... ape lagi..teynang le betoi-betoi...hahahaha

See ya...jom pulun..pulun...

Semangat Filem Hantu kak Limah Balik Rumah 2 tengah menggunung nie..tu sebab gune bahasa Perak...

sumber dari google


Maafkan teman...

Bunkface dan K-pop di Malaysia

Salam semua....

Nin nak bangunkan ape yang berlaku tidak lama dahulu, not too long la... tahun 2012 benda ni berlaku...

Apa yang berlaku??? tentang bunkface kutuk and boikot artis Kpop yang datang kat Malaysia atas jemputan Mngmnt Malaysia untuk satu program/ anugerah nie...


Bunkface!!! Bunk not dead... my Fav artist kat Malaysia ....sumber dari google
Pada pendapat cik nin la kan....semua yang Hendak menjadi artis ni, perlu dan kena bersedia dalam ape jua cabaran dan dugaan dalam bidang hiburan ni...Jangan kutuk atau merendahkan bakat atau kebolehan artis lain...bukan ape, kalu betul minat jadi artis, PLs pls pls bagi yang terbaik....dari semua segi dan aspek...itu yang peminat dan tengok...perangai pon kne la baik...

Bunkface ni lah artis yang nin minat kat Malasyia ni..ada la jgk yang lain kan....tapi bila tengok peragai diorang mcm ni, hmmmm...sedeyh....

Biar la artis Kpop tu mekap tebal ke..miming ke...buat pembedahan plastik ke... itu usaha diorang untuk tarik peminat....diorang plak takde makna dosa kalu buat pembedahan plastik...


Vixx datang malaysia..Saya suka N. itu saje. sumber dari google


Jadi kita ni yang kat Malaysia yang banyak pantang larang dalam dunia artis ni kene la buat perkara yang tidak dilarang atau dipandang serong dengan outstanding kebaboom boom bomm poww...

Sokong muzik Malaysia dan artis Malaysia yang mempunyai rekod perangai dan rekod kerjaya yang baik....

Penamat nya sebuah Novel "Takdir Itu Milik Aku" oleh Siti Rosmizah

Salam Ollzssss...

Have a nice day for the entire-day today...

Ape yang nin merepek pon tak tahu la... main tulis je...kalu omputih bace, kompom diorang tak paham kan...hahahaha... #Eksyen...

Berkenaan dengan novel  "Takdir Itu Milik Aku" yang nin cite di awal kemunculan Cik Nin dalam bidang blog nie...Dengan ni Cik Nin ingin mengistiharkan bahawasanye, Cik Nin dah Habis bace novel yang bermuka surat 1000 lebih tue...Alhamdulillah...

sumber dari google
Tengok tue...tebal tue..tebal jugak mata Cik Nin ni membacanye....Begitu juga dengan Hari dan waktu nye yang tebal untuk mengabiskannya....

Pada pandangan Cik Nin la kan....cIte ni memang sedeyh gile...macam nak menitis air mata berharga ni pun ada....(memang dah bergenang pon air mata tue Nin...) hahahaha...

hahahahaha..apsal ade gambar Joni Depp plak nie..... (saya minat dia.itu saje) hahahaha .
sumber dari google

Ada pengajaran dalam kehidupan dan pengajaran dalam perkahwinan....Kesabaran yang tinggi itu penting...itu la yang hendak di sampaikan....Isteri perlu bersabar dengan perangai suami, suami perlu bersabar dengan kerenah si isteri....

Kemudian, kasih sayang yang ditunjukkan oleh oleh si nenek (iaitu Nek Tuk dan Nek Wan) kepada cucunya, kepada anak nya, kepada menantunya, kepada menantu cucunya...memang mengharukan...

Kejahatan yang dilakukan oleh Kamsiah, Adira, Azura, Nek Da dan Zarif akhirnya menerima balasan masing-masing dengan kejadian-kejadian yang menyedihkan...kekesalan dan kemaafan masih terbuka kepada mereka yang telah pun sedar akan kesilapan yang pernah dilakukan....

Kesabaran dan kasih sayang yang tinggi telah ditunjukkan oleh Dian, Nek Wan, Nek Tuk, Dato Salleh dan Maryam dalam membantu orang yang tersayang dalam mengharungi dugaan yang bertimpa-timpa...

Hasil dari segala dugaan dan kesabaran yang tinggi oleh semua pihak samada melakukan perkara baik atau buruk, tetap akan menerima balasan yang setimpal. Buat baik di balas baik, Buat jahat, dibalas musibah.

Pengajaran dalam novel ini juga menceritakan bahawa bercakap buruk mengenai orang lain atau menyebarkan fitnah atau menganiaya orang lain akan menterbalikkan semula keburukan atau kekurangan tersebut kepada si penutur nya...

Begitu lah putaran dalam kehidupan manusia yang tidak pernah lari dari masalah. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Bagaimana untuk mengubahnya hanya satu, kawal putaran kehidupan itu dengan Redha, tawakkal, syukkur dan sentiasa ingat pada yang Esa...

Redha lah ye semua pembaca to-the-nins dan semua umat manusia..peace...
sumber dari google