Mokcik Pokcik dah tengok cite ni???? tengok lah...tak rugi pon men-donload, men-transfer, mengambil cite ni dari mana-mana pihak yang halal...
| Sumber: Google |
Intro:
Sebuah keluarga yang bahagia iaitu si isteri, si suami dan tiga orang anak yang comel datang bercuti di Thailand untuk berjumba-jimba dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain...
Pertengahan:
Ombak tsunami datang menghempaskan "dirinya" tanpa amaran awal...tak kisah la sejam ke, setengah jam...bagi la amaran kan??? hahahaha.
Keluarga bahagia yang menginap di hotel tepi pantai yang indah telah di "bantai" oleh kekuatan ombak tsunami yang mengganas sehingga memecahbelahkan atau menceraikan keluarga bahagia tersebut.
Yela, sorang kat barat, sorang kat timur. Dah la berpisah, luka sana sini la plak kan...memang sedih dan mendebarkan...
Kemuncak:
Pencarian semula ahli keluarga yang terpisah. Si emak yang sedang nazak sebab luka yang parah kat kaki dan dada. Si ayah mencari anak yang terpisah. Macam-macam la adegan yang menyedihkan dan mendebarkan kat kawasan hospital yang menjadi penempatan mangsa-mangsa tsunami tue.
Ending:
Perjumpaan semula anak-anak dengan ibu bapa mereka...Saat ni memang sebak gila...Sebakkk weh....sape tak sebak tue memang korang tiada perasaan dah tue..bek pegi jumpa doktor pakar ke ape...haaaa.... Last, semua dah jumpe, diorang dibawa pulang ke kampung halaman mereka. Happy ending~~~~~~
Enjoice!!!
Tata...
Tak boleh gunakan bahasa melayu dengan betul ke?? Enjoice?? Tai tai???
ReplyDeletehaha..Terima kasih Dato' atas nasihat anda...
Delete